Advertising

Nikon

Friday, August 10, 2012

If you just smile...


Smile though your heart is aching 
Smile even though it's breaking 
When there are clouds in the sky, you'll get by 
If you smile through your fear and sorrow 
Smile and maybe tomorrow 
You'll see the sun come shining through for you 

Light up your face with gladness 
Hide every trace of sadness 
Although a tear may be ever so near 
That's the time you must keep on trying 
Smile, what's the use of crying? 
You'll find that life is still worthwhile 
If you just smile 

That's the time you must keep on trying 
Smile, what's the use of crying? 
You'll find that life is still worthwhile 
If you just smile...

Thursday, August 9, 2012

Peluang kedua?...

Hampir dua minggu disini, aku berseorangan tanpa keluarga, sahabat, rakan, mahupun yang teristimewa(hakikatnya tiada...). Tiada siapa yang mengetahui perihal sebenar aku kesini, kerana aku mendiamkan apa yang telah dan yang akan terjadi sehinggalah ianya terbongkar dengan sendirinya. Setiap insan akan menghadapi ujian dari yang Esa bergantung kepada seseorang insan itu. Namun begitu disaat inilah kita dapat melihat cinta dan sayang Yang Maha Kasih kepada hamba-hambaNYA. Sebelum ini aku pernah marah padaNYA mengapa aku diberi ujian sedemikian rupa. Aku hampir tewas tapi bagaikan ada bisikan yang mahu aku bangkit kembali. Pelbagai liku-liku telah diharungi dan ini tidak bermakna menuju ke satu pengakhiran tetapi ianya menuju ke suatu permulaan yang baru, sama ada yang baik mahupun yang buruk.

Hidup aku tiada seri pelangi, sentiasa dirundung gerhana. Kesunyian, kekecewaan, pengkhianatan, penipuan, kekesalan, kekalahan dan sebagainya sentiasa mewarnai perjalanan hidupku. Benar aku dilihat dari luaran seperti orang yang berjaya, punyai segalanya tapi apa yang mereka tahu disudut dalaman aku?. Itulah manusia, gemar menghakimi sesuatu dalam masa yang singkat. Aku melihat gelagat mereka-mereka yang berlegar-legar disekeliling persekitaran hidupku, ada yang bermuka-muka, ada yang menunggu masa untuk menjatuhkan dan ada yang buat tak tahu saja.

Ya Allah, masa aku tak lama, entah bila aku pergi, bagaimana keadaan aku nanti. Harta, kekayaan dan pangkat bukan lagi segala-galanya. Aku hambamu yang berdosa, aku pernah memarahiMU namun kau tetap beri peluang kedua kepadaku, hanya kau yang kisah dengan apa yang berlaku. Hanya kasih sayangMU yang mampu mengubat duka lara di hati ini. Mengapa aku hanya sedar bila aku sudah berada diambang maut?... Inilah manusia, sentiasa lupa yang sang pencinta sejati mereka. Pencinta yang tidak pernah tidur dalam memberikan rahmat dan kasih kepada hamba-hambaNYA. Tidak ada yang mampu menandingi kasih dan belas dariMU...

Junichiro Hasegawa,
Melbourne, Australia.