Advertising

Nikon

Sunday, February 21, 2010

Belajarlah dari kesilapan bangsa Arab

Sewaktu era prang dunia pertama dahulu, masyarakat arab yg bernaung dibawah pemerintahan khalifah Uthmaniyah telah mula membangkitkan semangat nasionalisme arab bagi membebaskan Negara-negara dari kekuasaan Kesultanan Islam Turki, dengan bantuan daripada pihak British dan Perancis malah mereka juga mengetepikan semangat perpaduan ummah pd waktu itu mereka berjaya mengalahkan tentera-tentera Uthmaniyah dalam beberapa siri pertempuran sekaligus membawa kepada kejatuhan pemerintahan khalifah Islam uthmaniyah pada 1922 dan menjadi Republik berteraskan ideologi sekular pimpinan Jeneral Mustafa Kamal Attarturk, maka bangsa arab mendapat habuannya kesannya wujudlah beberapa Negara-negara Arab yg kita kenal pada hari ini seperti Saudi Arabia, Jordan, Syria, Yemen dan beberapa buah Negara-negara dirantau teluk... namun yg amat menyedihkn habuan yang diperolehi oleh bangsa Arab terpaksa dibayar dengan menyerahkan sepenuhnya tanah suci Palestine kepada British yang merupakan sebahagian daripada syarat-syarat yang dikenakan kepada negara-negara yang yang kalah dalam peperangan iaitu Empayar Jerman, Hasburg Austria dan Empayar Turki Uthmaniyyah sebagai membayar segala ganti rugi dan kerosakan akibat dari peperangan yang berlaku dalam perjanjian Versailles 1919, ini mendorong penghijrahan berjuta-juta masyarakat yahudi yang sememangnya brcita-cita untk mendirikn sebuah negara bangsa yahudi di Palestine, keadaan bertambah parah apabila penjajah British di Palestine sendiri menggalakkn masyarakat yahudi di eropah brhijrah kesana ekoran dpd penindasan keatas masy yahudi oleh pihak Nazi di Jerman sepanjang thn 1930-an, apa yg amat dikesalkn tiada 1 pn pemimpin2 dikalangan negara2 arab pd waktu itu yg blh menegur tindakan British pd waktu itu, mungkin krn terlalu trhutang budi krn memberikn tanah utk mrk, dpd memikirkn nasib serta masa depan masy arab dan umat Islam jika dijajah oleh pihak yahudi laknatullah... peristiwa naqbah 1948 dimana trtubuhnya sebuah negara yahudi Israel yg menjadikn Tel Aviv sbg ibu negara memberikn kejutan yg besar kpd negara2 arab dan masy Islam amnya, namun segalanya telah terlambat... satu demi satu angkatan tentera negara2 arab brjaya dikalahkn oleh Israel yg memperolehi sokongan sepenuhnya dr US, yg amat memalukn tentera2 negara arab telah kalah brperang ditanahai mrk sndiri, ini membolehkn Israel meluaskn tanah jajahannya ke Tebing Barat(dr Jordan), Bukit Golan(dr Syria), Semenanjung Sinai(dr Mesir sblm diserahkn semula pd thn 1980), dan selatan Lubnan(sehingga 1989), namun hakikatnya masy arab Palestine smakin trtindas dan ditindas... puncanya bkn krn kekejaman Israel ttp krn mementingkn smangat asabiyah dan perkauman bangsa arab serta mengetepikn semangat ukhwah Islamiah yg dituntut oleh Allah swt...

Masyarakat Islam di M'sia mesti melihat apa yg telah brlaku pd masy arab itu sbg cth bhw smangat ketuanan bangsa bknlah sesuatu yg blh menjamin kpd kemajuan sesuatu bangsa itu sndiri, krn semangat perpaduan ummah itulah yg menjamin kpd kemajuan serta kecemerlangan sesuatu bngsa itu sama ada didunia mahupon diakhirat..

No comments:

Post a Comment