Advertising

Nikon

Sunday, February 28, 2010

Karangan bercuti ke negara jiran

Harini saya ada terbaca dalam harakahdaily mengenai rombongan Pemimpin PAS sekali lagi ke jiran selatan kita. Saya bersetuju dengan lawatan tu sebab dapat membuka mata pemimpin-pemimpin kita. Cuma kalau lawatan dulu dibawanya ke muzium Melayu, kalini harap-harap tidaklah.

Harap-harap diadakan sesi soaljawab semasa disana sebab kita boleh dengar apa mereka cakap tapi kenalah selidik dulu sebelum percaya. Antaranya ialah macam mana jumlah muslim Cuma 16% dalam jangkamasa 50 tahun? Adakah ramai yg dah murtad ke? Atau kebanjiran warganegara kafir baru? Apa dah jadi dengan kesultanan melayu di sana? Betulke Cuma 2 orang je anak melayu (atau tak sampai 5 orang) yg berjaya masuk medic di universiti disana? Berapa peratus Melayu yg jadi Doktor, Jurutera, Lawyer, Arkitek dan lain-lain badan professional? Berapakah rizab harta orang Melayu di sana? Dimanakah kebanyakan Melayu tinggal disana? Ada buat lawatan ke kawasan tersebut? Macammana pergaulan remaja Melayu disana? Berapa orang YB Melayu disana? Apakah kekuatan YB Melayu dalam menentukan perlembagaan di parlimen? Dan sebagainya.

Lepastu, buatlah post mortem dan kesimpulan dari lawatan tersebut. Kemudian buat perbandingan secara statistic berbentuk analysis (The analytic Statistics) dengan Malaysia. Dan yg terakhir dan terpenting, bentangkan kepada rakyat semua apa keputusannnya. Barulah dikatakan pemimpin yg ada kelas dan standard pemimpin. Kalau sekadar laporan kosong macam karangan sekolah rendah bercuti di negara jiran, tak payahlah....

No comments:

Post a Comment