Advertising

Nikon

Monday, January 17, 2011

Servis yang nampak cantik diluar tapi teruk didalamnya...


Untuk ruangan kali ini saya ingin menceritakan tentang pengalaman saya berurusan dengan dua buah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang menawarkan perkhidmatan kepada para pelanggan diseluruh negara. Umum tahu yang syarikat seperti ini merupakan syarikat monopoli berhad disamping separuh daripada ekuiti sahamnya dimiliki oleh pihak kerajaan sendiri. Disini ada dua kisah yang saya alami sewaktu berurusan dengan syarikat-syarikat gergasi tersebut.

Kisah 1 : Pengalaman saya dengan TNB.

TNB ni kalau dengan pengguna biasa iaitu untuk isi rumah wah bukan main garang, lewat dua hari dah datang potong bekalan letrik. Sebaliknya kalau dengan pengguna syarikat boleh pula berlengah-lengah sampai sepuluh bulan pun tak potong lagi. Sebelah rumah saya ada sebuah premis syarikat yang telah gulung tikar sejak sekian lama. Bil letrik bersepah-sepah terbiar tiada siapa yang kutip. Nak jadi cerita saya terkutip satu bill yang menunjukkan lebih sepuluh bulan tidak berbayar. Saya pun simpan untuk buat "modal". Saya lihat fius sambungan pada jangkameter premis tersebut masih belum diputuskan oleh TNB. Kebetulan pula bayaran bill rumah saya untuk bulan berikutnya saya bayar di pejabat pos tiga hari sebelum tamat tempuh.

Kebetulan lagi pada hari kelima dan keenam jatuh pada cuti umum. Hari ketujuhnya datanglah malaun TNB bawa surat merah bertujuan nak potong bekalan letrik rumah saya. Saya buat selamba minta tangguh dua jam kononnya saya nak pergi bayar. Lepas dua jam kalau saya belum bayar lagi datanglah potong!!!. Saya bawa salinan bill yang dah saya bayar minggu lepas dan saya bawa juga bil syarikat yang tertunggak itu.

Saya jumpa kerani kat kaunter minta dia semak bill saya dah bayar ke belum sebab saya dah dapat notis pemotongan. Dia pun tik tok, tik tok ketuk komputer dan bagitahu saya belum buat bayaran lagi. Saya mintak dia semak lagi kerana saya tak puas hati. Dia bertegas kata saya belum bayar lagi. Dan dia pun mula berkhutbah!!!!. Geram saya dah tak boleh nak kawal lagi...saya pun keluarkan salinan bill yang telah saya jelaskan di pejabat pos sambil saya tanya ni bill apa ni?. Dia pun terkedu juga tapi cepat-cepat cuba nak cover kata pejabat pos lewat.....saya kata saya tak peduli pejabat pos ka TNB ka punya hal. Saya dah bayar sebelum lagi tarikh akhir kenapa gatal sangat nak potong?. Kenapa bila kena kepada syraikat tertentu liat pula nak potong? Ada apa-apa ke?

Semua staff yang ada dok menafikan TNB pilih bulu...saya dah tak tahan lagi lalu saya keluarkan bill syarikat tadi dan hempas atas kaunter suruh tengok sendiri, baru masing-masing terdiam...

Kisah 2 : Pengalaman dengan Streamyx

Saya punya pengalaman dengan streamyx. Ketika komputer saya rosak dan tidak merancang untuk memperbaikinya untuk masa itu. Saya menghubungi pusat panggilan TMNET untuk memotong sementara streamyx saya dan kecewa sekali kerana mereka tiada perkhidmatan itu. Nak potong terus kena pergi kaunter tak boleh secara online sedang masa saya memohon perkhidmatan tersebut ianya dibuat secara online.

Akibatnya saya tak ada pilihan melainkan pergi kaunter. Akhirnya saya terfikir satu cara iaitu jangan bayar bil untuk tempoh tertentu. Mesti dia potong. Betul, lepas 4 atau 5 bulan tak bayar bil perkhidmatan streamyx saya dipotong kerana tak bayar bill.

Lepas tu kena kacau pula dengan pengutip hutang. Dia telefon tiap-tiap bulan suruh saya jelaskan baki tertunggak sebanyak lebih kurang 300 lebih. Apa yang saya lakukan saya bayar seringgit lima sen setiap nbulan melalui perbankan internet.

Selanjutnya pengutip hutang call saya dan minta bayar segera. "Tak kan seringgit sebulan, sampai bila nak habis?" Saya kata pada dia "sukahati sayalah". Saya hutang dengan telekom bukan dengan awak. Kalau saya tak bayar dalam 7 tahun hutang saya akan jadi hutang lapok." Akhirnya di bosan untuk menelefon saya dan tak telefon sehingga saya jelaskan sepenuhnya hutang itu. Itu pun kerana saya nak pakai streamyx kembali.

Kesimpulannya, kalau rasa susah sangat nak tamatkan perkhidmatan boleh tiru macam saya jika difikirkan baik, Sekali sekala kena ajar juga...

No comments:

Post a Comment