Advertising

Nikon

Wednesday, July 10, 2013

Kembara ke Tokyo...

Sedikit perkongsian mengenai kembara percutian di Tokyo pada bulan Mac yang lalu. Disini saya titipkan beberapa keping gambar sebagai kenangan sewaktu bercuti disana. Untuk pengetahuan para pembaca ini adalah kali ketiga saya terbang kesana, tapi untuk sesi percutian kali ini adalah yang paling panjang yang pernah saya nikmati dan kali pertama menyaksikan sambutan musim bunga di sana. 

Ini merupakan sesuatu kenangan yang amat berharga bagi diri saya disamping dapat berkenalan dan menambah bilangan rakan-rakan tempatan disana. Paling menyeronokkan percutian kali ini dapat menambahbaik penguasaan bahasa Jepun saya untuk di praktikkan disana. 

Sebenarnya saya amat berharap sekiranya ada peluang dapat berkhidmat di negara tersebut untuk mendalami cara hidup masyarakat Jepun yang dilihat amat berdisiplin dan berhemah dalam apa jua yang mereka lakukan, sama ada dalam aspek pekerjaan mahupun dalam aktiviti di rumah mahupun secara bersantai. Kerana saya benar-benar amat mengagumi budaya dan cara hidup masyarakat Jepun begitu juga dengan sosiobudaya serta kesenian yang ada di negara tersebut. Moga dengan titipan ini dapat memberikan sedikit sebanyak info mengenainya.

Kampus Universiti of Tokyo.





  





 Tokyo Tower














 Tokyo National Museum





 'Hanami' Spring Festival




















 Insha Allah, saya akan kembali semula ke Tokyo pada Disember 2013 untuk menikmati musim sejuk disana...




No comments:

Post a Comment