Advertising

Nikon

Tuesday, July 9, 2013

Keindahan malam pertama Ramadan...

Malam ini bermulanya malam kemuliaan bilamana berduyun-duyun hamba-hamba Allah berusaha untuk mendekatkan diri kepadaNYA... Aku mendonggak ke langit, aku lihat tiada awam yg memayungi malam yg indah ini, yang amat mengasyikkan bilamana datangnya tiupan angin yang perlahan-lahan berlalu memberikan kesejukan dan ketenangan yang amat syahdu. 

Hanya Allah SWT saja yang maha mengetahui apa yang terdetik dalam hati dan perasaanku ketika malam ini kurasakan. Bintang-bintang di langit berkilauan selain itu tanpa apa-apa gangguan bunyi-bunyi bising. Kurniaan Allah ini telah berjaya mengubati segala keresahan di hatiku segala beberapa lama dulu. Malam sebegini sangat indah aku rasakan bagai mahu malam ini berlangsung disepanjang hayatku hingga aku menutup mata untuk meninggalkan dunia ini. Allah SWT memberikan rahmatNYA dalam pelbagai bentuk sama ada kita menyedarinya atau tidak. 

Malam yang indah ini buatkan aku lupa dengan segala kekalutan dan kekusutan yang melanda diaekelilinglu. Aku harap akan ada juga insan-insan lain yang menyedari keindahan malam ini dan kuharap keindahan yang berlaku pada malam sebegini akan berterusan hingga ke malam akhirnya, jika ramai yang sedar akan fenomena ini pasti ramai yang akan menangisi pemergian Ramadan menjelang pengakhirannya. 

Namun begitu aku benar-benar bersyukur akan nikmat keindahan malam yang tenang ini. Maha kasih Allah yang telah memilih aku untuk menikmati keindahan dan kebesaranNYA, siapalah aku jika dibandingkan dengan insan-insan lain yang mungkin amal mereka lebih banyak berbanding aku. 

Tiada apa yang dapat menandingi  kebesaran beserta rahmat dan pengampunan olehNYA...

No comments:

Post a Comment