Advertising

Nikon

Sunday, February 28, 2010

Khas Untuk Ahli-ahli Politik kita...

Saya kutip titipan Imam Al-Ghazali dalam kitab besar Ihya Ulumiddin untuk renungan kita bersama dalam keadaan gawat sebegini menghadapi sekumpulan manusia yang Allah sifatkan lebih teruk dari haiwan ternak.

1)Abu 'Ubaidah ibnu Jarrah r.a bertanya kepada Nabi s.a.w. :Wahai Rasulu'llah ! Syuhada manakah yang termulia disisi Allah SWT ? Jawab beliau :Seorang yang tampil menghadap penguasa zalim,lalu menganjurkannya berbuat kebaikan dan menegurnya dari kejahatan,dan ia korban dan terbunuh oleh tindakannya ini.Sekiranya ia selamat dari terbunuh,maka pena pencatat tidak lagi akan mencatat perbuatannya,walaupun ia hidup lama sekali.

2)Allah SWT mewahyukan kepada Yusya' bin Nun 'alaihissalam,bahwa :Aku akan membinasakan dari kaummu 40000 orang baik dan 60000 orang-orang jahat.Lalu ujar Yusya':Wahai Tuhan !Orang-orang jahat,apa boleh buat ! Tetapi orang-orang baik kenapa pula ? Jawab Tuhan :Kerana mereka tidak marah kepada orang-orang yang menjadi sasaran kemurkaanKu.Bahkan sama-sama makan dan sama-sama minum dengan orang-orang jahat itu !

3)Orang bertanya kepada Al-Fudhail : Kenapa anda tiada melakukan amar-nahi ? Jawab beliau :Banyak orang yang melaksanakan amar-nahi itu akhirnya menjadi bagaikan kafir,disebabkan mereka tidak sabar menderita disakiti orang!

4)Ditanyakan pula kepada Sofyan Tsauri :Apakah sebabnya anda tidak melakukan amar ma'ruf nahi mungkar?Jawab beliau :Laut bergelombang itu,siapakah yang sanggup mengempangnya?

Cukup syaratnya maka nantikanlah wahai Mahathir dan yang lain-lannya !!!...

No comments:

Post a Comment