Tiada apa yang tinggal bagi diriku,
Tiada apa yang boleh aku banggakan,
Tiada apa yang bisa mengembirakanku,
Tiada apa mengubatinya..
Aku dilemparkan dengan tuduhan yang tak berasas,
Niatku dipandang serong oleh mereka,
Ku diberi penghinaan dan cacian berkali-kali,
Tidak cukup dengan itu,
Kematianku jua amat dinanti-nantikan..
Tapi tidak mengapa,
Aku tetap tegar dengan semua ini,
Aku takkan mengalah,
Aku akan tetap melangkah gagah..
Sampai masanya nanti,
Hari aku akan menjelang tiba,
Menunggu saat-saat kebangkitanku,
Dan menanti saat-saat kejatuhan mereka..
Aku mahu mereka tahu bahawa,
"Sham sudah mati!..",
Dan kini Jay bangkit,
Untuk membayar segala kehancuran hidupku
yang mereka telah lakukan,
Hanya tinggal dendam dan kebencian,
Menjaga pembakar semangatku...
Junichiro Hasegawa
Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment