Advertising

Nikon

Tuesday, July 2, 2013

Cerita di sebalik bangunan Tabung Haji


Saya pernah berbual dengan seorang pemandu teksi didalam perjalanan dari Pudu menuju ke Hotel De Palma Jalan Ampang beberapa tahun lepas. Untuk mengelakkan dari kebosanan akibat kesesakan lalu lintas kami cuba berbual-bual secara casual tentang kehidupan seharian dan secara kebetulan beliau merupakan bekas kontraktor yang terpaksa gulung tikar semasa kemesetan ekonomi pada awal 1997. Apabila disaat kami melintasi dihadapan bangunan LUTH di Jalan Tun Razak beliau secara berseloroh mengesyorkan supaya tulisan kalimah "ALLAH" diturunkan dari bangunan tersebut kerana ianya amat memalukan. Bila saya bertanya kenapa beliau secara sinis menjawab bahawa LUTH merupakan syurga segala rasuah. Berbeza dengan jabatan2 lain yang meminta rasuah secara berkias, pegawai2 LUTH tidak segan-silu meminta rasuah secara terang-terangan. Kalau tak percaya encik boleh tanya pada semua contractors yang pernah berurusan dengan LUTH tambah beliau dengan nada yang agak tinggi.

Berbagai kecelaruan kewangan tabung haji yang terbit oeh akhbar tempatan dan mahkamah ada disiarkan,semuga perkara -kecelaruan kewangan ini tidak berulang. Namun sebagai rakyat malaysia, kita mesti memikul tanggong jawap untuk memantau perjalanan tabong haji, bagi orang Islam yang berkemahiran dalam bidang ekonomi, pelaburan, akauntan harus sentiasa memerhatikan supaya kewangan LUTH akan lebih mantap dari semasa ke semasa. Apa yang telah dipapar didada-dada akhbar hendaklah pengurusan LUTH mengambil iktibar daripadanya, selagi masyarakat Islam di Malaysia masih lagi boleh berbangga dengan pihak Lembaga Urusan Tabung Haji.


Saya hanya mampu tersenyum kerana cerita beliau telah lama saya tak dengar cerita-ceriti tentang LUTH serta anak2 syarikat subsidiarynya. Adakah mereka telah bebas dari "r....h" atau keadaan telah menjadi lebih teruk lagi...


Wallahualam...

No comments:

Post a Comment