Sememangnya umum telah mengetahui bahawa sejak dari dahulu lagi orang-orang tertentu didalam parti -parti politik tidak kira dari pemerintah mahupun pembangkang telah banyak mencampuri hal ehwal serta urusan-urusan perbankan di negara ini.
Kita boleh lihat sebelum ini betapa banyaknya bank2 gergasi seperti BBMB, UMBC, Sime Bank, Bank Rakyat dll telah semuanya telah kerugian dan akhirnya terpaksa ditutup akibat dari urusan yang tidak telus. Saya pernah berkhidmat sebagai seorang eksekutif kanan disebuah institusi kewangan di ibu negara tahu betapa peritnya untuk menjadi seorang yang benar-benar mengikut garis panduan untuk meluluskan sesuatu pinjaman. Malah rakan saya pernah diugut untuk ditukarkan di daerah pendalaman di Sabah/Sarawak jika gagal mengkut arahan orang atasan. Bukan setakat mencampuri urusan perbankan sahaja malah mereka telah mencampuri sektor-sektor lain yang ada seperti judiciary, kepolisian, Jabatan Agama, Pusat Zakat dan lain-lain.
Sudah sampai masanya kita belajar dari kehancuran, kerugian serta kesilapan yang telah lalu dan biarlah orang-orang professional menguruskan bidang mereka masing-masing kerana mereka digaji dan dilantik memang bagi tujuan untuk memajukan sesebuah organasasi. Saya masih ingat dengan kes pembunuhan Jalil Ibrahim dulu. Bank bumputra tutup dek orang parti politik. Tak mustahil selepas ini Bank Islam pun mampus dek kerja orang politik. Bank Muamalah juga dengar khabarnya nak dijual. Pasti ada kes yang membabitkan masalah kelancaran urusniaganya. Semestinya sebab melabur di negara-negara Afrika lah puncanya.
Sekarang Najib umumkan pula akan merlabur sekali lagi di negara-negara yang menjadi punca Bank Bumiputera pupus. Tidak mustahil selepas ini Bank Pembangunan juga akan mampus jika tidak dibendung daripada campurtangan orang-orang politik yang sedang gila kumpul harta. Lebih-lebih lagi mereka kebal dan ada lesen serta tak mudah didakwa. Ini disebut orang-orang nombor satu dalam SPRM dengan katanya SPRM tak cukup undang undang. Maka itulah berlaku dan terus menerus berlaku jika "Kaki-kaki songlap" dan kroni-kroninya terus memerintah negara ini. oleh itu, maka wajarlah KU LI kata yang menjadi pengerusi dan ahli2 lembaga pengarah dalam GLC sekarang ini adalah dari kalaangan para penghianat kepada rakyat yang membayar cukai selama ini.
Maaf jika posting ini dilihat melampau.
No comments:
Post a Comment