Advertising

Nikon

Sunday, February 28, 2010

Khas Untuk Ahli-ahli Politik kita...

Saya kutip titipan Imam Al-Ghazali dalam kitab besar Ihya Ulumiddin untuk renungan kita bersama dalam keadaan gawat sebegini menghadapi sekumpulan manusia yang Allah sifatkan lebih teruk dari haiwan ternak.

1)Abu 'Ubaidah ibnu Jarrah r.a bertanya kepada Nabi s.a.w. :Wahai Rasulu'llah ! Syuhada manakah yang termulia disisi Allah SWT ? Jawab beliau :Seorang yang tampil menghadap penguasa zalim,lalu menganjurkannya berbuat kebaikan dan menegurnya dari kejahatan,dan ia korban dan terbunuh oleh tindakannya ini.Sekiranya ia selamat dari terbunuh,maka pena pencatat tidak lagi akan mencatat perbuatannya,walaupun ia hidup lama sekali.

2)Allah SWT mewahyukan kepada Yusya' bin Nun 'alaihissalam,bahwa :Aku akan membinasakan dari kaummu 40000 orang baik dan 60000 orang-orang jahat.Lalu ujar Yusya':Wahai Tuhan !Orang-orang jahat,apa boleh buat ! Tetapi orang-orang baik kenapa pula ? Jawab Tuhan :Kerana mereka tidak marah kepada orang-orang yang menjadi sasaran kemurkaanKu.Bahkan sama-sama makan dan sama-sama minum dengan orang-orang jahat itu !

3)Orang bertanya kepada Al-Fudhail : Kenapa anda tiada melakukan amar-nahi ? Jawab beliau :Banyak orang yang melaksanakan amar-nahi itu akhirnya menjadi bagaikan kafir,disebabkan mereka tidak sabar menderita disakiti orang!

4)Ditanyakan pula kepada Sofyan Tsauri :Apakah sebabnya anda tidak melakukan amar ma'ruf nahi mungkar?Jawab beliau :Laut bergelombang itu,siapakah yang sanggup mengempangnya?

Cukup syaratnya maka nantikanlah wahai Mahathir dan yang lain-lannya !!!...

Siapa yang menjadi puncanya...

Hanya SEHARI selepas DIA mengizinkan kita menyambut ulangtahun kelahiran kekasihNYA (yang banyak berlaku pertelingkahan, cemuhan, perdebatan, wayang, lakunan....), DIA telah menghadiahkan kita dengan satu peristiwa yang AMAT menggegarkan....untuk kita membuka mata dan minda....sedari diri....faham kekuasaanNYA, ....akui KUASANYA!!!

masih mahu lalai?....masih mahu derhakai amanahNYA?......masih mahu menutup kesalahan demi kesalahan?......masih alpa?......masih ingat hanya akal masing2 betul?...... masih mahu menjaga kepentingan peribadi?, keluarga?, puak?,.....masih ada hati mahu menipu sejarah?........

masih tunggu gempa berlaku disini baru ingat mahu berubah?.......(rasa2 mahu mencabar DIA?)

'gempa' yang akan berlaku disini sudah nampak macam dalam perancangan!.....semangat melulu dengan membabi buta atas alasan bangsa tanpa dalil agama dibakar tiap2 hari!.....katanya, 76 NGO melayu (termasuk CEUPACS) sudah membentuk MPM.....hendak melawan penghakisan HAK?......HAK siapa?.......

macam mana sudah 52 tahun merdeka, HAK boleh terlucut?......siapa yang jaga HAK itu selama ini sehingga begini jadinya?.....SIAPA YANG TIDAK AMANAH?

hari ini pandai pulak menuding jari?. NGO ditunggang lagi untuk bertahan kepada kuasa??......

jangan ingat orang melayu bodoh...bisu...bangang....
sebenarnya, yang bangang adalah kamu!.....
dan Allah telah menjadi saksi kepada kedengkian hati kamu2 semua......kelalaian serta pencabulan amanah rakyat!

sejarah bumi selalu begitu seperti yang sudah tercatat di dalam Al Quran......ianya selalu bersilih ganti!.....di antara kebaikan/kebenaran dengan kebathilan!

yang HAQ akan lahir dan terbit DI ATAS kehancuran yang bathil!......ini adalah cara pentadbiran DIA!!!

yang pasti 'gempa' yang dicari-cari akan terjadi.......

Sedarlah...

ALLAH swt telah memberi peringatan terbesar setakat ini....supaya hamba2NYA sedar akan keterlanjuran kehidupan mereka....dan berbagai kepincangan yang melanggari hukum dan adat kehidupan manusia....di bumi NYA....

sedarlah.....

Negara Chile sudah bergegar....dengan GEMPA BUMI sekuat 8.8 pada skala Richter.......pada pukol 3.34 am waktu tempatan pada 27.2.10.....inilah gegaran terkuat yang pernah tercatat....

kita hendak mencabar Ar-Rabb?....Al-Aziz?....Ar-Rahman?......Ar-Rahim?......

masih nak main wayang?.....

terus menipu?....menindas?....menabur fitnah?......mencabar hukum Allah dengan membelakangi Al Quran dan Al-Hadiths....dengan segala hukum2 nya?......dengan BERmain POLITIK tak habis2?......

mainlah POLITIK!......binatang pun tak mampu buat apa yang orang2 yang sudah hilang nilai dan malu ini sanggup buat!....main lagi.....main politik sehingga puas nafsu!....sehingga puaslah jinn dan syaitan yang menunggang mereka.....sehingga yang tua pun tak kenal diri lagi......seolah2 mereka akan hidup beribu tahun lagi!!!

Karangan bercuti ke negara jiran

Harini saya ada terbaca dalam harakahdaily mengenai rombongan Pemimpin PAS sekali lagi ke jiran selatan kita. Saya bersetuju dengan lawatan tu sebab dapat membuka mata pemimpin-pemimpin kita. Cuma kalau lawatan dulu dibawanya ke muzium Melayu, kalini harap-harap tidaklah.

Harap-harap diadakan sesi soaljawab semasa disana sebab kita boleh dengar apa mereka cakap tapi kenalah selidik dulu sebelum percaya. Antaranya ialah macam mana jumlah muslim Cuma 16% dalam jangkamasa 50 tahun? Adakah ramai yg dah murtad ke? Atau kebanjiran warganegara kafir baru? Apa dah jadi dengan kesultanan melayu di sana? Betulke Cuma 2 orang je anak melayu (atau tak sampai 5 orang) yg berjaya masuk medic di universiti disana? Berapa peratus Melayu yg jadi Doktor, Jurutera, Lawyer, Arkitek dan lain-lain badan professional? Berapakah rizab harta orang Melayu di sana? Dimanakah kebanyakan Melayu tinggal disana? Ada buat lawatan ke kawasan tersebut? Macammana pergaulan remaja Melayu disana? Berapa orang YB Melayu disana? Apakah kekuatan YB Melayu dalam menentukan perlembagaan di parlimen? Dan sebagainya.

Lepastu, buatlah post mortem dan kesimpulan dari lawatan tersebut. Kemudian buat perbandingan secara statistic berbentuk analysis (The analytic Statistics) dengan Malaysia. Dan yg terakhir dan terpenting, bentangkan kepada rakyat semua apa keputusannnya. Barulah dikatakan pemimpin yg ada kelas dan standard pemimpin. Kalau sekadar laporan kosong macam karangan sekolah rendah bercuti di negara jiran, tak payahlah....

Tuesday, February 23, 2010

Kenyataan hidup disebalik sebuah permainan.

Oleh : Zanhafiz Hashim.

Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada
kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika
saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"


Murid - muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara
kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya
angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi,
tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok.

Selang beberapa saat, permainan berhenti. Guru tersenyum kepada murid-muridnya.
"Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita
begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh - musuh kita memaksakan
kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil,
dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi ,aurat terdedah menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,materialistik kini menjadi suatu gaya hidup ,ketaatan kpd ibu-bapa semakin luntur,hubungan silatulrahim semakin renggang, tempat ibadat dipinggir,tempat hiburan jadi kunjungan,kitab ilmu tak dibeli, majallah hiburan , novel yang dicari dan bermacam lagi"
"Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit
menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan.
Paham?" Tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.
"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"
Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan
lain-lain. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-murid,
begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya……...Musuh-musuh Islam tidak akan
memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya
mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan
mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir,
sehingga anda tidak sadar. Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka
dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu. kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu
persatu, baru rumah dihancurkan..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam
terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari
perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda
muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran).
Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang Memijak-mijak cikgu?" Tanya murid- murid.
"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang
Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah
Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya
hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit
serentak, baru mereka akan sadar".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."


RENUNGILAH SAHABAT SEMUA.. SAMPAIKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA..MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA... MARILAH
KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN
TERANCAM! UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI!!

JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2 LAINNYA BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI…YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM, SELAMATKAN AQIDAH MEREKA WALAU DI MANA MEREKA BERADA ..amin

Monday, February 22, 2010

Yahudi, Freemason dan Politik Malaysia

Oleh : "The Mind"

The 'false hero' of the Muslims created by the Jews

Saya banyak membaca buku2 pasal Yahudi. Trend mereka 'membuat kerja', cara mereka operate, cara mereka senyap, cara mereka menekan, cara mereka bersatu, cara mereka deny each other, cara mereka control situasi, cara mereka buat damage control, cara mereka buat persepsi, cara mereka memusnahkan persepsi, cara mereka divert attention....dll

Saya pernah tinggal di USA pada 1994 sehingga hujung 1996..... maka saya diberi kefahaman cara sebenar Yahudi bermain dalam satu masyarakat maju yang mereka have full control.... inilah ilmu dapat 'baca' Yahudi in action!.... ultimate.... saya jumpa seorang Prof Yahud at one University.... dia ni EX-CIA man.... dia ngaku in the 1920s, 1930s and 1040s, depa travel the whole deserts of Africa and Arab world.... hancurkan perpaduan dan empayar Islam...... dia proudly cakap.... we (Jews) have done our work.... even 100 years after I am dead, the muslim world will never be united.... saya jumpa manusia durjana ini di USA!.... hati saya bertekad, jangan percaya yahud lagi!... masa tu dia berumur mid 80s...

Buku Biografi Henry Kissinger (buku ini sudah hilang sebab dipinjam oleh kawan), cara Yahud bela 'pemimpin USA....ahli kongres dan senator sehingga presiden di'beritakan' secara indirect..... maka cara Dr M, dan yang lain2 tu di'serap' ke bawah kawalan mereka tidak menjadi kehairanan.

Juga di beritakan bagaimana Yahud di Argentina hidup mewah... selain di New York, Buenoa Aires adalah kelompok Yahud besar lagi mewah... dan disini mamak tu jugak bermain!.

2 party system yang selalu diwar2kan adalah rancangan Yahudi... mereka ada pertubuhan Socialist International... di mana parti Buruh Britain, Demokrat USA, parti Buruh Israel antara lain jadi ahli..... Mereka juga buat pertubuhan Demokrat Union..... semuanya diterajui oleh parti2 politik seluruh dunia. Yahudi yang tubuhkan pertubuhan2 ini.... agenda mereka diserap serta dijalankan oleh ahli2 mereka, ie political parties of nations.... ekonomi, sosial, cultural, isssues mereka mainkan dan disahut oleh ahli2 parti dari negara2 ini.

Australia adalah base Yahud yang besar juga. Sosialist International Australia ditugaskan menjaga rantau Asia Pasifik.

Semua infrastruktur antarabangsa ini bukan semua orang faham..... Dr M yang sudah diterima boleh mainkan apa2 isu untuk menarik minat, sokongan atau "seolah2" mencabar Yahudi.... tetapi matlamat mereka adalah untuk melonjakkan imej mamak tu ajer. The Jews knew who are our real friends who shouted insults at us.... this is OK!.... Dr M adalah antara pemimpin yang diberi lesen berbuat begitu.... nampak macam 'recalcitrant' tetapi sebenar Dr M adalah 'our people' amongst the Jews... Dr M adalah the 'false hero' of the Muslims created by the Jews..... inilah sebenarnya bahayanya Dr mamak ni.

Kalau dia pejuang Islam, kenapa dia bergurukan puak Yahud sejak 1968?. Saya yakin, tak semua orang tahu berita ini. Namun kita sentiasa didendangkan bahawa dia adalah pemimpin agung umat Islam.... (the Jews knew the 'recalcitrant' is on their side!)....

Kita tengok kesan Dr M kekang negara ini. 22 tahun sebagai PM dan Presiden umno dan kini masih mencengkam negara ini. Dia cengkam PM2 selepas dia.. Take Najib.... kita bash najib pasal Altantuya.... tapi mamak tu yang create this problem.... why?. He was the one who asked Amin Shah to scout for the submarine. Then he asked Amin Shah jumpa Najib (defence) to conclude the deal. But why did Najib pass the job to Razak Baginda, and Malaysian govt agreed to pay Commission in excess to few hundred millions!. Where is Amin? Why Razak? Why the excessive commission? And Why Altantuya? and see how Rosmah was in the game 'controlling' Altantuya..... and make her disappear when they want to tie Najib down!.... Razak is the decoy (and they let him go!). who controls this whole scheme?..... and most important, who pays?.... the mamak WAS the FINANCE MINISTER.... and we never 'touch' him in this issue!..... cerita Altantuya meletop, duit yang diluluskan OLEH MENTERI KEWANGAN, mamak ni, SONYAP!.... I knew about this real story because Amin's brother-in-law used to be my neighbor!.... he story everything because he used to be Amin's right hand man!.... he has since repented.... now doing his own business!.

Kes Augustine Paul bersidang dengan Mokhtar Abdullah, Gani Petail, Musa Hassan EVERY NIGHT masa kes DSAI berlangsung.... they asses the days proceedings.... and they planned their next day's move.... a friend's friend is the daughter of Augustine Paul... and she was the one telling all this to the friend on mine....

Ini dua contoh mainan mamak yang amat tinggi stakes nya.... kenapa dia berani?.... Yahud back him up!.... Kalau kita ambik kes Rahim Noor tumbuk anwar.... siapa yang suruh?.... sure mamak tu.... and how Rahim was let free? The Chinese doctor who sits in the tribunal is the HEAD of FREEMASON in malaysia. Saya terkejut baca article pasal Freemason Malaysia dalam NST few years ago.... and this Chinese doctor, as Head of Freemason Malaysia was interviewed. And he admitted he sits in the DSAI's black eye tribunal!. Freemason kan ke talibarut Yahud....

Sunday, February 21, 2010

Belajarlah dari kesilapan bangsa Arab

Sewaktu era prang dunia pertama dahulu, masyarakat arab yg bernaung dibawah pemerintahan khalifah Uthmaniyah telah mula membangkitkan semangat nasionalisme arab bagi membebaskan Negara-negara dari kekuasaan Kesultanan Islam Turki, dengan bantuan daripada pihak British dan Perancis malah mereka juga mengetepikan semangat perpaduan ummah pd waktu itu mereka berjaya mengalahkan tentera-tentera Uthmaniyah dalam beberapa siri pertempuran sekaligus membawa kepada kejatuhan pemerintahan khalifah Islam uthmaniyah pada 1922 dan menjadi Republik berteraskan ideologi sekular pimpinan Jeneral Mustafa Kamal Attarturk, maka bangsa arab mendapat habuannya kesannya wujudlah beberapa Negara-negara Arab yg kita kenal pada hari ini seperti Saudi Arabia, Jordan, Syria, Yemen dan beberapa buah Negara-negara dirantau teluk... namun yg amat menyedihkn habuan yang diperolehi oleh bangsa Arab terpaksa dibayar dengan menyerahkan sepenuhnya tanah suci Palestine kepada British yang merupakan sebahagian daripada syarat-syarat yang dikenakan kepada negara-negara yang yang kalah dalam peperangan iaitu Empayar Jerman, Hasburg Austria dan Empayar Turki Uthmaniyyah sebagai membayar segala ganti rugi dan kerosakan akibat dari peperangan yang berlaku dalam perjanjian Versailles 1919, ini mendorong penghijrahan berjuta-juta masyarakat yahudi yang sememangnya brcita-cita untk mendirikn sebuah negara bangsa yahudi di Palestine, keadaan bertambah parah apabila penjajah British di Palestine sendiri menggalakkn masyarakat yahudi di eropah brhijrah kesana ekoran dpd penindasan keatas masy yahudi oleh pihak Nazi di Jerman sepanjang thn 1930-an, apa yg amat dikesalkn tiada 1 pn pemimpin2 dikalangan negara2 arab pd waktu itu yg blh menegur tindakan British pd waktu itu, mungkin krn terlalu trhutang budi krn memberikn tanah utk mrk, dpd memikirkn nasib serta masa depan masy arab dan umat Islam jika dijajah oleh pihak yahudi laknatullah... peristiwa naqbah 1948 dimana trtubuhnya sebuah negara yahudi Israel yg menjadikn Tel Aviv sbg ibu negara memberikn kejutan yg besar kpd negara2 arab dan masy Islam amnya, namun segalanya telah terlambat... satu demi satu angkatan tentera negara2 arab brjaya dikalahkn oleh Israel yg memperolehi sokongan sepenuhnya dr US, yg amat memalukn tentera2 negara arab telah kalah brperang ditanahai mrk sndiri, ini membolehkn Israel meluaskn tanah jajahannya ke Tebing Barat(dr Jordan), Bukit Golan(dr Syria), Semenanjung Sinai(dr Mesir sblm diserahkn semula pd thn 1980), dan selatan Lubnan(sehingga 1989), namun hakikatnya masy arab Palestine smakin trtindas dan ditindas... puncanya bkn krn kekejaman Israel ttp krn mementingkn smangat asabiyah dan perkauman bangsa arab serta mengetepikn semangat ukhwah Islamiah yg dituntut oleh Allah swt...

Masyarakat Islam di M'sia mesti melihat apa yg telah brlaku pd masy arab itu sbg cth bhw smangat ketuanan bangsa bknlah sesuatu yg blh menjamin kpd kemajuan sesuatu bangsa itu sndiri, krn semangat perpaduan ummah itulah yg menjamin kpd kemajuan serta kecemerlangan sesuatu bngsa itu sama ada didunia mahupon diakhirat..

Kebangkitan semula...

Akhirnya selepas menyepi beberapa lama akhirnya mood untuk menulis kembali membara. Asyik menyibukan diri dengan hal-hal pengajian dan perniagaan kecil-kecilan menjadikan diri aku tiada masa untuk menelaah segala isu-isu semasa yang berlaku didalam dan diluar negara sejak akhir-akhir ini. Namun begitu aku tidak pernah ketingalan untuk mengetahui dari pelbagai sumber, yang bercetak mahupun melalui Internet. Apapun segala tugasanku sudah hampir selesai, kini masanya untuk meneroka lebih luas setiap apa yang berlaku dan membongkar segala misteri yang melanda ummah, masyarakat dan negara. Memang akan ada pelbagai dugaan dan onak-duri yang bakal dilalui tetapi tak semestinya aku mesti mengalah sebelum bertempur... Insyallah aku berdoa moga sentiasa dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam melalui liku-liku kehidupan yang kian menanti kelak, Amin Ya Rabb...

Jazakullah...